Rakan Perkhidmatan Hartanah Sehenti untuk Kediaman dan Perniagaan
20 Tahun Berkhidmat untuk Kediaman dan Perniagaan
Bumbung bocor, paip pecah, kerosakan elektrik atau kerja pengubahsuaian menyeluruh? Pasukan kami yang
berpengalaman mengendalikan kerja bumbung, paip, elektrik dan pembinaan, supaya anda tidak perlu
berurusan dengan pelbagai kontraktor.
Satu Pasukan untuk Semua Keperluan Hartanah Anda
Daripada pembaikan segera hingga penambahbaikan berskala besar, Boon Chye menawarkan rangkaian
perkhidmatan hartanah yang menyeluruh di sekitar Lembah Klang.
Kediaman dan Komersial
Bumbung dan Genting Bumbung
Bumbung bocor atau genting retak? Kami membaiki, menggantikan dan memasang bumbung untuk rumah
serta bangunan komersial bagi mengurangkan risiko kemasukan air.
Kediaman dan Komersial
Perpaipan dan Pam Air
Paip bocor, tekanan air rendah atau pam rosak? Kami memasang dan membaiki sistem perpaipan serta pam
air untuk hartanah kediaman dan komersial.
Kediaman dan Komersial
Elektrik
Kerja pendawaian, pemasangan dan penyelenggaraan elektrik yang menitikberatkan keselamatan di rumah
serta premis komersial.
Kediaman
Tangki Air
Mahukan bekalan air yang lebih stabil di rumah? Kami menyediakan pemasangan tangki simpanan air untuk
hartanah kediaman.
Kediaman dan Komersial
Pengubahsuaian
Daripada pengubahsuaian satu bilik hingga naik taraf keseluruhan ruang, pasukan kami merancang dan
melaksanakan kerja untuk rumah serta premis komersial, termasuk perpaipan, elektrik dan bumbung.
Komersial
Pembetungan dan Saliran
Saliran tersumbat atau melimpah boleh mengganggu operasi perniagaan. Kami memasang dan
menyelenggara sistem pembetungan serta saliran untuk hartanah komersial.
Mengapa Pelanggan Mempercayai Kami?
Masalah hartanah boleh menimbulkan tekanan. Kami memudahkan proses penyelesaiannya melalui hasil
kerja berpengalaman, komunikasi jelas dan penyelesaian praktikal dari awal hingga akhir.
Respons 24 Jam, 7 Hari Seminggu
Perkhidmatan kecemasan tersedia pada bila-bila masa, sepanjang tahun.
20 Tahun Pengalaman
Dua dekad pengalaman dalam industri.
Tiada Caj Tersembunyi
Harga telus, dengan pemeriksaan serta sebut harga percuma.
Lihat Hasil Kerja Kami
Daripada pembaikan segera hingga penambahbaikan hartanah yang besar, hasil projek kami mencerminkan
pengalaman dan perhatian terhadap setiap tugasan.
Testimoni Pelanggan
Baca pengalaman pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pembaikan bumbung, perpaipan, elektrik,
pengubahsuaian, kalis air dan saliran daripada pasukan kami.
Apabila saya menghubungi mereka tentang masalah bumbung bocor di rumah, pasukan mereka cepat
memberikan maklum balas dan menetapkan temu janji yang sesuai. Kontraktor tiba tepat pada masanya
serta sangat profesional dan mesra.
Mr Shukor
Boon Chye memberikan perkhidmatan profesional dan cekap untuk gudang kami. Pasukan mereka bertindak
pantas, memahami masalah yang dihadapi dan menyiapkan kerja dengan gangguan minimum kepada
operasi harian. Kami berpuas hati dengan mutu kerja serta komunikasi mereka.
Ms Aina Rahman
Soalan Lazim
1. Kawasan manakah yang diliputi?
Kami menyediakan perkhidmatan bumbung, perpaipan, elektrik, pengubahsuaian dan penyelenggaraan
hartanah di sekitar Lembah Klang untuk pelanggan kediaman serta komersial. Hubungi kami untuk
mengesahkan liputan kawasan anda.
2. Adakah perkhidmatan kecemasan disediakan?
Ya. Kami menyediakan bantuan pembaikan segera untuk masalah seperti bumbung bocor, perpaipan dan
elektrik. Hubungi pasukan kami dan kami akan memberikan maklum balas secepat yang mungkin.
3. Berapa cepat pasukan boleh memberikan respons?
Masa respons bergantung pada jenis dan tahap kecemasan masalah. Kami berusaha memberikan bantuan
segera serta mengatur lawatan tapak secepat mungkin.
4. Adakah juruteknik anda berlesen dan dilindungi insurans?
Juruteknik kami yang berpengalaman dilatih untuk menghasilkan kerja profesional dengan mematuhi amalan
industri dan standard keselamatan yang sewajarnya.
5. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima wang tunai, e-dompet, kad kredit dan pindahan bank. Terma pembayaran akan disahkan
dalam sebut harga sebelum kerja bermula.
6. Adakah anda menyediakan sebut harga percuma?
Ya. Sebut harga disediakan berdasarkan keperluan projek anda. Hubungi kami untuk mengatur penilaian
serta mendapatkan cadangan yang sesuai.
Ada Masalah Kebocoran, Pembaikan
atau Pengubahsuaian?
Beritahu kami keperluan anda dan pasukan kami akan membantu mencari penyelesaian yang sesuai.



