Pemasangan Wayar Elektrik

Pemasangan Wayar Elektrik

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pemasangan litar elektrik.

Kerja pemasangan wayar elektrik bagi rumah dan kedai haruslah dilakukan secara teliti kerana sebarang kesilapan boleh mendatangkan kebahayaan akibat kebakaran. Lebih-lebih lagi, wayar elektrik yang sudah lama mungkin menyebabkan kebakaran litar. Jadi, kerja penyenggaraan haruslah dibuat sekali setiap beberapa tahun.

Selain kerja pemasangan paip, Boon Chye juga menyediakan servis untuk memasang dan menyenggara wayar elektrik rumah ataupun kedai. Kami merupakan profesional yang berpengalaman di samping bersikap hati-hati dan teliti semasa menjalankan kerja yang berkaitan dengan wayar elektrik. Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan klien kami dan juga untuk memastikan kualiti kerja kami sentiasa baik.

Kami membekalkan servis pemasangan wayar elektrik bagi pelbagai jenis peralatan elektrik seperti lampu di dalam dan di luar rumah, kipas siling, soket dan sebagainya. Dengan pengetahuan dan kemahiran pasukan Boon Chye dalam pemasangan wayar elektrik, keselamatan keluarga dan pelanggan anda lebih terjamin.